Pages

Wednesday, October 22, 2014

Bola Jaring? Jom intai - intai game ni :)



uolls :) Hmm.. uOLLS :) Korang tahu tak ape benda bola jaring tu?? erm..even game alah ni dah biase didengari di corong-corong radio, acecece tapi iolls tahu korang bukan mahir sangat pun kan kan kan??hahaha..actually, iolls pun tak tahu jugak ape benda nih:( tapi buat-buat paham mase main then lepas habiss main tu baru tanye sama Papa GOOGLE..ni hah sedikit information yg iolls kutip dari GOOGLE..Harap bermanfaat ekh :)

Apa Itu Bola Jaring Ekh?

Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat menyerupai, dan berasal daripada, bola keranjang. Dicipta pada 1895 oleh Clara Gregory Baer, seorang peneraju dalam sukan wanita, bola jaring kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular di Indies BaratSri Lanka, dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70 buah negara.






Nak Tahu KEDUDUKAN PEMAIN bola Jaring?? 

Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang ditetapkan (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.) Setiap pemain perlu memakai "bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain tersebut. Setiap pemain hanya dibenarkan di sudut tertentu di gelanggang: pemain yang terkeluar dari kedudukan mereka dianggap "offside". 



Kedudukan bola jaring
Nama kedudukanSingkatanLawanKawasan dibenarkan
Goal ShooterGSGoal Keeper.Attacking third, including goal circle
Goal AttackGAGoal DefenceAttacking and centre thirds, including the goal circle
Wing AttackWAWing DefenceAttacking and centre thirds, but not the goal circle
CentreCCentreAttacking, centre, and defending thirds, but not the goal circles
Wing DefenceWDWing AttackCentre and defending thirds, but not the goal circle
Goal DefenceGDGoal AttackCentre and defending thirds, including the goal circle
Goal KeeperGKGoal ShooterDefending third, including the goal circle

Undang-undang Bola Jaring





3.0       BILANGAN PEGAWAI/PESERTA
  • Bilangan Pegawai dan Atlet bagi Pertandingan  Bola Jaring ialah seperti berikut:-
  • Pengurus Pasukan             1 orang
  • Jurulatih Pasukan               1 orang
  • Atlet                                     10 orang

4.0 PENYERTAAN
  • Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Penyertaan hendaklah dibuat melalui Unit Sukan dan Kokurikulum dan disahkan oleh pengarah (atau wakilnya) politeknik masing-masing.
  • Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan sahaja.
  • Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.
  • Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas Mesyuarat pengurus pasukan adalah tidak dibenarkan.

5.0 TEMPOH PERLAWANAN
Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut:
  • Bahagian pertama           15 minit
  • Rehat                                    5 minit
  • Bahagian kedua                15 minit


6.0       SISTEM PERTANDINGAN
6.1       Liga Kumpulan
6.1.1   Pusingan Permulaan
Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan secara liga.
6.1.2   Pusingan Suku Akhir
i.          Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati
ii.          Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan  A.  Pemenang  sebagai kumpulan X1 dan X2
iii.         Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan  B.  Pemenang  sebagai Kumpulan Y1 dan Y2
6.1.3       Pusingan Separuh Akhir
i.          Pusingan separuh akhir secara kalah mati.
ii.          Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1
iii.         Separuh akhir  kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2.
6.1.4       Pertandingan akhir
  1. Menentukan Johan dan Naib Johan,Z1 lawan Z2.
ii.          Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan X2.
6.2             Tiga kumpulan
6.2.1   Pusingan Permulaan
i.          Sekiranya sembilan hingga sebelas pasukan yang mengambil bahagian,mereka hendaklahdibahagikan kepada tiga kumpulan  iaitu A,B dan C dan pertandingan dijalankan secara liga.

6.2.2       Pusingan Kedua
  1. Pusingan kedua dijalankan secara liga
ii.          Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan dimasukkan ke dalam   kumpulan X dan Y dengan cara undian yang akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.
iii.         Daripada tiga Johan, dua johan akan ditempatkan dalam kumpulan yang sama samada X atau Y dan satu lagi akan ditempatkan ke dalam kumpulan Y atau X dengan cara undian.
iv.        Naib Johan Kumpulan akan ditempatkan dalam kumpulan lain dari Johan kumpulannya dalam pusingan pertama.



7.0       MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN

7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara Liga adalah seperti berikut :-
Menang       -           3 Mata
Seri                  -           1 Mata
Kalah             -           0 Mata
7.2       Keputusan Seri
Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan  ditentukan seperti berikut:
7.2.1   Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan    mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan.
7.2.2.  Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang
7.2.3. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak   akan diistiharkan sebagai pemenang.
7.3       Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan  akhir
7.3.1   Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa sepenuh  perlawanan.
7.3.2.  Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap bahagian akan dimainkan.
7.3.3   Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.
7.3.4   Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa  rehat.
7.3.5   Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah  berikutnya.
7.3.6   Sekiranya berlaku seri di akhir masa  tambahan,permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.


8.0       PERTUKARAN PEMAIN
8.1       Penggantian dan Pertukaran posisi

8.1.1       Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh pemain yang lain.
8.1.2       Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak tiga kali di setiap satu –satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula tetap pertukarannya telah diambil kira.
8.1.3       Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemian di gelanggang bertukar posisi.
8.1.4       Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi sama ada:
8.1.4.1            Masa rehat
8.1.4.2            Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit. Walaubagaimanapun dalam kes pemain yang cedera atau sakit yang menyebabkan permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian dan / atau pertukaran posisi.
8.1.5       Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 10 pemain  yang telah di daftarkan
8.2       Kecederaan dan kesakitan
Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat. Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung.
8.3       Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas waktu rehat separuh masa.
8.4       Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan  dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa.



9.0       PAKAIAN
9.1       Setiap pasukan hendaklah memakai jersi seragam iaitu
corak, bentuk dan warna yang sama.
9.2       Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib
berlainan warna yang ketinggian hurufnya adalah di antara 4 hingga 6 inci.
9.3       Jika berlaku pertembungan warna bib, pasukan pertama
namanya dalam jadual dikehendaki menukar bib.
9.4             Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek.
9.5             Setiap pemain tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.




Wednesday, September 24, 2014

Hidup Sihat Tanpa Rokok


Berhenti Merokok!

Jangan merokok
Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.
Mengapa saya harus berhenti merokok?
Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:


  1. Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  1. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
  1. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
  • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
  • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
  • Mendapat asma
  • Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
  • Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
  • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
  • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
  • Meningkatkan deria bau dan rasa
  • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
  • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
  • Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM10.00 sehari, pelaburan =RM 300.00 sebulan = RM 3600.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM36,000.00 dalam akaun simpanan anda).
  • Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Meningkatkan tahap 'kelakian'
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti
  • Yakin diri
  • Buatkan nota peringatan
  • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Gunakan terapi penganti nikotin
  • Amalkan 12M untuk berhenti merokok
  1. Melengah-lengahkan
  • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
  1. Menarik nafas panjang
  • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  1. Minum air
  • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
  1. Menyibukkan diri
  • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
  1. Menjauhkan diri
  • Daripada orang yang merokok
  1. Mengelakkan diri
  • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
  1. Mengunyah sesuatu
  • Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
  1. Membasuh tangan selalu
  1. Mandi dengan kerap
  1. Meregangkan otot
  • Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
  1. Meditasi
  1. Memohon doa
  • Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?
Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
Bagaimana hendak berhenti merokok?
Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar



Akta  Kualiti  Alam  Sekeliling  1974  mengandungi  peruntukan  yang  bertujuan mencegah,  menghapus,  mengawal  pencemaran  serta  memperbaiki  kualiti  alam  sekeliling dan  dari  aspek  yang  sering  dikaitkan  dengan  alam  sekitar  iaitu  pencemaran  yang membawa  kepada  maksud  apa-apa  perubahan  secara  langsung  dan  tidak  langsung  terhadap sifat-sifat  fizikal,  haba  dan  kimia  termasuk  kesan  biologikal  terhadap  alam  sekeliling  yang meliputi  pencemaran  air,  udara,  bunyi,  tanah  dan  laut  dan  untuk masalah  ini,  pelbagai  punca  telah  dapat  dikenal  pasti  yang  menyumbang  kepada  pencemaran  alam  sekitar.
    



       
 Antara  punca  yang  telah  dapat  dikenal  pasti  yang  membawa  kepada  masalah   pencemaran  alam  sekitar  ini  ialah  masalah  sikap  individu  dan  organisasi  yang  tidak bertanggungjawab.  Hal  ini  jelas  kerana  tiada  kesedaran  sivik  dalam  diri  mereka  untuk menjaga  alam  sekitar  kerana  bagi  sesetengah  individu,  mereka  akan  sewenang-wenangnya membuang  sampah  merata-rata  tanpa  menghiraukan  keadaan  persekitaran  dan  mungkin mereka  merasakan  itu  adalah  perkara  remeh  apabila  mencampakkan  secebis  tisu  atau  sisa makanan  di  tepi  jalan.  Walhal,  jika  direnungkan  andai  ada  seratus  orang  pengguna  yang bersikap  sedemikian  sudah  semestinya  jalan  raya  akan  menjadi  kotor  dan  dipenuhi  dengan sampah-sarap.  Manakala  untuk  organisasi  seperti  kilang  yang  menjalankan  operasi pengeluaran  yang  melibatkan  sisa  toksik  dalam  penghasilan  keluaran  mereka,  pada  kebiasaannya  kilang  itu  akan  mengambil  langkah  mudah  apabila  membuang  sisa  toksik tersebut  terus  ke  dalam  laut  dan  sungai  jika  kilang  itu  didirikan  berdekatan  dengan kawasan  tersebut.  Ini  akan  mengakibatkan  pencemaran  air  dan  kilang  yang  melepaskan asap  tanpa  pemasangan  alat  penapis  udara  akan  menyebabkan  terjadinya  pencemaran udara.  Hal  ini  berikutan  sikap  individu  dan  pemilik  kilang  yang  tidak  bertanggungjawab dan  peka  pada  persekitaran  sekeliling  hasil  dari  pencemaran  alam  sekitar  yang  mereka cipta  sendiri.
            Selain  itu,  antara  punca  lain  ialah  pembangunan  secara  tidak  sistematik.  Apabila pihak  kerajaan  atau  pihak  swasta  merancang  untuk  membangunkan  sesuatu  kawasan, mereka  seharusnya  memikirkan  secara  terperinci  kesan-kesan  negatif  yang  akan  timbul terutama  yang  melibatkan  alam  sekitar  dan  bukan  tertumpu  kepada  kebaikan  dan keuntungan  pembangunan  semata-mata  kerana  akibat  dari  pembangunan  yang  akan dijalankan  boleh  menyebabkan  berlakunya  pencemaran  air,  udara,  tanah  dan  bunyi  yang akan  dihasilkan.  Mungkin  disebabkan  penggunaan  jentera  yang  terlalu  banyak  akan menghasilkan  pencemaran  bunyi  dan  pencemaran  udara  jika  jentera-jentera  berteknologi tinggi  tersebut  mengeluarkan  asap  yang  berlebihan.  Akibat  daripada  projek-projek pembangunan  itu,  ia  juga  boleh  terjadinya  pencemaran  air  terutama  pada  waktu  hujan  jika tanah  lapang  yang  telah  dibersihkan  untuk  projek  pembangunan  itu  iaitu  tanah  merah mengalir  terus  ke  dalam  sungai  atau  laut  yang  berdekatan . Hal  ini  boleh  menjejaskan tahap  kebersihan  kualiti  air  dan  boleh  mengancam  kehidupan  ekosistem  dalam  air  yang seterusnya  membawa  kepada  pencemaran  alam  sekitar. 





Di  samping  itu,  penggunaan  kenderaan  bermotor  seperti  kereta,  motosikal,  lori  dan kapal  terbang  juga  merupakan  salah  satu  dari  penyumbang  kepada  berlakunya  pencemaran alam  sekitar  seperti  pencemaran  udara  dan  pencemaran  bunyi.  Hal  ini  kerana  setiap  kenderaan akan  melepaskan  asap  kenderaan  yang  mengandungi  gas  yang  berbahaya.  Hal  ini  jika peningkatan  taraf  hidup  masyarakat  terus  meningkat  pada  zaman  sekarang  maka  tahap pencemaran  juga  akan  turut  meningkat  berikutan  semakin  bertambah  jumlah  penggunaan bilangan  pengguna  jalan  raya  yang  selesa  menggunakan  kenderaan  mereka  sendiri  untuk bergerak  ke  destinasi  yang  ingin  dituju  berbanding  beramai-ramai  menggunakan  kenderaan  awam  yang  semestinya  dapat  mengurangkan  bilangan  kenderaan  di  jalan  raya. Hal  ini  akan  menyebabkan  pencemaran  udara  dan  seterusnya  menjejaskan  sistem  pernafasan  dan  daya  penglihatan  manusia  serta  pencemaran  bunyi  yang  terhasil  oleh  kapal  terbang  yang  berlepas  atau  mendarat  terutama  dikawasan  perumahan  yang berhampiran  dengan  lapangan  terbang   boleh  menjejaskan  daya pendengaran  manusia.  Hal  ini  jelas  menerangkan  bahawa  penggunaan  kenderaan  bermotor  juga  menjadi  salah  satu  punca  berlakunya  pencemaran  alam  sekitar. 

           



 Antara  punca  lain  penyebab  berlakunya  pencemaran  alam  sekitar  ialah  pembakaran  secara  terbuka.  Hal  ini  jelas  dapat  dilihat  berikutan  pembakaran  pokok-pokok  tua  di  kawasan  ladang  dan  hutan  untuk  tujuan  penanaman  semula.  Jika  dilihat  dari  satu  sudut,  penanaman semula  sememangnya  sangat  baik  tetapi  akibat  daripada  pembakaran  secara  terbuka  yang  dilakukan  oleh  sesetengah  pihak  sebenarnya  boleh  menyebabkan  berlakunya  pencemaran  udara.  Di  samping  turut  memusnahkan  kehidupan  flora  dan  fauna  disekitarnya.  Disebabkan  pembakaran  secara  terbuka  ini  jugalah  suhu  bumi  menjadi  semakin  meningkat  dan  keadaan  cuaca  di  bumi  semakin  panas.  Inilah  sebenarnya  akibat  daripada  pembakaran  secara  terbuka  yang  dijalankan  yang  akhirnya  membawa  kepada  pencemaran  alam  sekitar  serta  sekali  gus   turut  menjejaskan  kehidupan  dan  kesihatan  manusia.

            Tambahan  pula,  kurangnya  peranan  yang  dimainkan  oleh  pihak  kerajaan  juga  menjadi  salah  satu  punca  terus  berlakunya  pencemaran  alam  sekitar  pada  masa  ini.  Pihak  kerajaan  seharusnya  membuka  mata  dan  lebih  peka  terhadap  pembangunan  yang  dijalankan  oleh  semua  pihak  dengan  mengambil  kira  masalah  pencemaran  yang  bakal  terjadi  dari  setiap  projek  pembangunan  tersebut  dan  bukan  hanya  melihat  kepada  peningkatan  taraf  hidup  masyarakat  sahaja.  Perkara  ini  sangat  penting  untuk  membantu  mengurangkan  pencemaran  udara,  air,  tanah  dan  bunyi,   hasil  daripada  pembangunan  pesat  yang  giat  dijalankan  dan  tingkah  laku  sesetengah  organisasi  dan  masyarakat  yang  kurang  kesedaran  sivik.  Oleh  disebabkan  kerajaan  kurang  memainkan  peranan  dalam  menilai  aspek-aspek  inilah  yang  menyebabkan  masalah  pencemaran  berada  ditahap  yang  semakin  membimbangkan  pada  masa  kini.

            Kesimpulannya,  punca-punca  pencemaran  yang  telah  dikenal  pasti  ini  harus  diambil langkah  serius  oleh  semua  pihak  dan  organisasi  untuk  mengurangkan  masalah  pencemaran alam  sekitar  baik  daripada  pencemaran  air,  udara,  tanah  dan  bunyi.  Ia  penting  demi  memastikan  kehidupan  dibumi  ini  terjamin  dan  terhindar  dari  masalah  pencemaran  yang  semestinya  membahayakan  dan  mengancam  kesihatan  serta  kehidupan  flora  dan  fauna  untuk  generasi  akan  datang  yang  lebih  baik  dan  sihat  serta  bebas  dari  pencemaran  alam  sekitar.