Pages

Wednesday, September 24, 2014

Hidup Sihat Tanpa Rokok


Berhenti Merokok!

Jangan merokok
Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.
Mengapa saya harus berhenti merokok?
Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:


  1. Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  1. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
  1. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
  • Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
  • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
  • Mendapat asma
  • Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
  • Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
  • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
  • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
  • Meningkatkan deria bau dan rasa
  • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
  • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
  • Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM10.00 sehari, pelaburan =RM 300.00 sebulan = RM 3600.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM36,000.00 dalam akaun simpanan anda).
  • Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Meningkatkan tahap 'kelakian'
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti
  • Yakin diri
  • Buatkan nota peringatan
  • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Gunakan terapi penganti nikotin
  • Amalkan 12M untuk berhenti merokok
  1. Melengah-lengahkan
  • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
  1. Menarik nafas panjang
  • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  1. Minum air
  • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
  1. Menyibukkan diri
  • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
  1. Menjauhkan diri
  • Daripada orang yang merokok
  1. Mengelakkan diri
  • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
  1. Mengunyah sesuatu
  • Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
  1. Membasuh tangan selalu
  1. Mandi dengan kerap
  1. Meregangkan otot
  • Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
  1. Meditasi
  1. Memohon doa
  • Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?
Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
Bagaimana hendak berhenti merokok?
Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar



Akta  Kualiti  Alam  Sekeliling  1974  mengandungi  peruntukan  yang  bertujuan mencegah,  menghapus,  mengawal  pencemaran  serta  memperbaiki  kualiti  alam  sekeliling dan  dari  aspek  yang  sering  dikaitkan  dengan  alam  sekitar  iaitu  pencemaran  yang membawa  kepada  maksud  apa-apa  perubahan  secara  langsung  dan  tidak  langsung  terhadap sifat-sifat  fizikal,  haba  dan  kimia  termasuk  kesan  biologikal  terhadap  alam  sekeliling  yang meliputi  pencemaran  air,  udara,  bunyi,  tanah  dan  laut  dan  untuk masalah  ini,  pelbagai  punca  telah  dapat  dikenal  pasti  yang  menyumbang  kepada  pencemaran  alam  sekitar.
    



       
 Antara  punca  yang  telah  dapat  dikenal  pasti  yang  membawa  kepada  masalah   pencemaran  alam  sekitar  ini  ialah  masalah  sikap  individu  dan  organisasi  yang  tidak bertanggungjawab.  Hal  ini  jelas  kerana  tiada  kesedaran  sivik  dalam  diri  mereka  untuk menjaga  alam  sekitar  kerana  bagi  sesetengah  individu,  mereka  akan  sewenang-wenangnya membuang  sampah  merata-rata  tanpa  menghiraukan  keadaan  persekitaran  dan  mungkin mereka  merasakan  itu  adalah  perkara  remeh  apabila  mencampakkan  secebis  tisu  atau  sisa makanan  di  tepi  jalan.  Walhal,  jika  direnungkan  andai  ada  seratus  orang  pengguna  yang bersikap  sedemikian  sudah  semestinya  jalan  raya  akan  menjadi  kotor  dan  dipenuhi  dengan sampah-sarap.  Manakala  untuk  organisasi  seperti  kilang  yang  menjalankan  operasi pengeluaran  yang  melibatkan  sisa  toksik  dalam  penghasilan  keluaran  mereka,  pada  kebiasaannya  kilang  itu  akan  mengambil  langkah  mudah  apabila  membuang  sisa  toksik tersebut  terus  ke  dalam  laut  dan  sungai  jika  kilang  itu  didirikan  berdekatan  dengan kawasan  tersebut.  Ini  akan  mengakibatkan  pencemaran  air  dan  kilang  yang  melepaskan asap  tanpa  pemasangan  alat  penapis  udara  akan  menyebabkan  terjadinya  pencemaran udara.  Hal  ini  berikutan  sikap  individu  dan  pemilik  kilang  yang  tidak  bertanggungjawab dan  peka  pada  persekitaran  sekeliling  hasil  dari  pencemaran  alam  sekitar  yang  mereka cipta  sendiri.
            Selain  itu,  antara  punca  lain  ialah  pembangunan  secara  tidak  sistematik.  Apabila pihak  kerajaan  atau  pihak  swasta  merancang  untuk  membangunkan  sesuatu  kawasan, mereka  seharusnya  memikirkan  secara  terperinci  kesan-kesan  negatif  yang  akan  timbul terutama  yang  melibatkan  alam  sekitar  dan  bukan  tertumpu  kepada  kebaikan  dan keuntungan  pembangunan  semata-mata  kerana  akibat  dari  pembangunan  yang  akan dijalankan  boleh  menyebabkan  berlakunya  pencemaran  air,  udara,  tanah  dan  bunyi  yang akan  dihasilkan.  Mungkin  disebabkan  penggunaan  jentera  yang  terlalu  banyak  akan menghasilkan  pencemaran  bunyi  dan  pencemaran  udara  jika  jentera-jentera  berteknologi tinggi  tersebut  mengeluarkan  asap  yang  berlebihan.  Akibat  daripada  projek-projek pembangunan  itu,  ia  juga  boleh  terjadinya  pencemaran  air  terutama  pada  waktu  hujan  jika tanah  lapang  yang  telah  dibersihkan  untuk  projek  pembangunan  itu  iaitu  tanah  merah mengalir  terus  ke  dalam  sungai  atau  laut  yang  berdekatan . Hal  ini  boleh  menjejaskan tahap  kebersihan  kualiti  air  dan  boleh  mengancam  kehidupan  ekosistem  dalam  air  yang seterusnya  membawa  kepada  pencemaran  alam  sekitar. 





Di  samping  itu,  penggunaan  kenderaan  bermotor  seperti  kereta,  motosikal,  lori  dan kapal  terbang  juga  merupakan  salah  satu  dari  penyumbang  kepada  berlakunya  pencemaran alam  sekitar  seperti  pencemaran  udara  dan  pencemaran  bunyi.  Hal  ini  kerana  setiap  kenderaan akan  melepaskan  asap  kenderaan  yang  mengandungi  gas  yang  berbahaya.  Hal  ini  jika peningkatan  taraf  hidup  masyarakat  terus  meningkat  pada  zaman  sekarang  maka  tahap pencemaran  juga  akan  turut  meningkat  berikutan  semakin  bertambah  jumlah  penggunaan bilangan  pengguna  jalan  raya  yang  selesa  menggunakan  kenderaan  mereka  sendiri  untuk bergerak  ke  destinasi  yang  ingin  dituju  berbanding  beramai-ramai  menggunakan  kenderaan  awam  yang  semestinya  dapat  mengurangkan  bilangan  kenderaan  di  jalan  raya. Hal  ini  akan  menyebabkan  pencemaran  udara  dan  seterusnya  menjejaskan  sistem  pernafasan  dan  daya  penglihatan  manusia  serta  pencemaran  bunyi  yang  terhasil  oleh  kapal  terbang  yang  berlepas  atau  mendarat  terutama  dikawasan  perumahan  yang berhampiran  dengan  lapangan  terbang   boleh  menjejaskan  daya pendengaran  manusia.  Hal  ini  jelas  menerangkan  bahawa  penggunaan  kenderaan  bermotor  juga  menjadi  salah  satu  punca  berlakunya  pencemaran  alam  sekitar. 

           



 Antara  punca  lain  penyebab  berlakunya  pencemaran  alam  sekitar  ialah  pembakaran  secara  terbuka.  Hal  ini  jelas  dapat  dilihat  berikutan  pembakaran  pokok-pokok  tua  di  kawasan  ladang  dan  hutan  untuk  tujuan  penanaman  semula.  Jika  dilihat  dari  satu  sudut,  penanaman semula  sememangnya  sangat  baik  tetapi  akibat  daripada  pembakaran  secara  terbuka  yang  dilakukan  oleh  sesetengah  pihak  sebenarnya  boleh  menyebabkan  berlakunya  pencemaran  udara.  Di  samping  turut  memusnahkan  kehidupan  flora  dan  fauna  disekitarnya.  Disebabkan  pembakaran  secara  terbuka  ini  jugalah  suhu  bumi  menjadi  semakin  meningkat  dan  keadaan  cuaca  di  bumi  semakin  panas.  Inilah  sebenarnya  akibat  daripada  pembakaran  secara  terbuka  yang  dijalankan  yang  akhirnya  membawa  kepada  pencemaran  alam  sekitar  serta  sekali  gus   turut  menjejaskan  kehidupan  dan  kesihatan  manusia.

            Tambahan  pula,  kurangnya  peranan  yang  dimainkan  oleh  pihak  kerajaan  juga  menjadi  salah  satu  punca  terus  berlakunya  pencemaran  alam  sekitar  pada  masa  ini.  Pihak  kerajaan  seharusnya  membuka  mata  dan  lebih  peka  terhadap  pembangunan  yang  dijalankan  oleh  semua  pihak  dengan  mengambil  kira  masalah  pencemaran  yang  bakal  terjadi  dari  setiap  projek  pembangunan  tersebut  dan  bukan  hanya  melihat  kepada  peningkatan  taraf  hidup  masyarakat  sahaja.  Perkara  ini  sangat  penting  untuk  membantu  mengurangkan  pencemaran  udara,  air,  tanah  dan  bunyi,   hasil  daripada  pembangunan  pesat  yang  giat  dijalankan  dan  tingkah  laku  sesetengah  organisasi  dan  masyarakat  yang  kurang  kesedaran  sivik.  Oleh  disebabkan  kerajaan  kurang  memainkan  peranan  dalam  menilai  aspek-aspek  inilah  yang  menyebabkan  masalah  pencemaran  berada  ditahap  yang  semakin  membimbangkan  pada  masa  kini.

            Kesimpulannya,  punca-punca  pencemaran  yang  telah  dikenal  pasti  ini  harus  diambil langkah  serius  oleh  semua  pihak  dan  organisasi  untuk  mengurangkan  masalah  pencemaran alam  sekitar  baik  daripada  pencemaran  air,  udara,  tanah  dan  bunyi.  Ia  penting  demi  memastikan  kehidupan  dibumi  ini  terjamin  dan  terhindar  dari  masalah  pencemaran  yang  semestinya  membahayakan  dan  mengancam  kesihatan  serta  kehidupan  flora  dan  fauna  untuk  generasi  akan  datang  yang  lebih  baik  dan  sihat  serta  bebas  dari  pencemaran  alam  sekitar.      

Konsep Mendengar

Konsep Mendengar

Merujuk kepada aktiviti memberikan tumpuan kepada sesuatu yang sampai ke telinga, memberikan tindak balas secara teratur dan memberikan gerak balas terhadap bunyi.

Konsep Penting dalam Pendengaran

  • Individu banyak mendengar pengalaman daripada kecerdasan otak
  • Merupakan gabungan dari segala yang didengar, difaham dan diingat
  • Dipengaruhi aspek fizikal, psikologi dan neurologi
  • Pendengaran yang cekap bermula dari idea logik dan berkesan
  • Berlaku melalui fikiran bukannya perasaan

Tuesday, September 23, 2014

Proses Mendengar

Proses Mendengar

  • Komunikasi lisan sering melibatkan dua proses iaitu penghasilan dan penerimaan mesej
  • Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara
  • Proses kedua berlaku melalui pendengar


Empat Peringkat Proses Mendengar

  • Mendengar Deretan BunyiBunyi Bahasa
  • Menilai bunyi-Bunyi yang Diperdengarkan
  • Memahami Bunyi-bunyi Bahasa
  • Bertindak Balas Terhadap Bunyi-bunyi bahasa

MENDENGAR
Proses mendengar berlaku apabila kita memasang telinga atau apabila kita 
mendapat rangsangan dari sesuatu bunyi.

MEMAHAMI
Proses mempelajari  apa yang dimaksudkan oleh speaker. Peringkat ini juga 
mementingkan pertimbangan antara pemikiran dengan emosi sama ada
bahagia atau sedih.

MENILAI
Proses ini mementingkan pendengar untuk menilai segala maklumat yang 
didengar dan mengklasifikasikan maklumat tersebut dengan lebih terperinci.

TINDAK BALAS
Setelah mendengar segala maklumat daripada speaker, pendengar akan 
bertindak balas terhadap rangsangan tersebut.

Masalah  Yang Sering Dialami Pendengar

MENDENGAR
Sering berlaku kesilapan. Sebagai contoh adalah pada 
peringkat menerima, penerima menerima sebahagian 
daripada mesej tetapi kerana adanya gangguan menyebabkan 
mesej tidak dapat diterima sepenuhnya.

MEMAHAMI
Pendengar memahami sebahagian mesej tetapi tidak boleh berkongsi 
maksud yang tepat dengan orang lain dan gagal untuk memahami 
sebahagian mesej yang lain.




Pendidikan Khas - KPM

  Bahagian Pendidikan Khas merupakan bahagian yang bertanggungjawab terhadap pendidikan bagi murid berkeperluan khas menerusi Program Pendidikan Khas. Program pendidikan untuk murid berkeperluan khas bermula sejak sebelum merdeka bagi murid berkeperluan khas masalah penglihatan dan masalah pendengaran. Penglibatan kerajaan dalam pendidikan murid berkeperluan khas masalah penglihatan bermula dengan penubuhan Sekolah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bahru di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 1948. Manakala penglibatan kerajaan bagi pendidikan murid bermasalah pendengaran pula bermula dengan pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang pada tahun 1954. Selepas merdeka, kerajaan telah memperluaskan program pendidikan khas ke sekolah-sekolah biasa melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (dahulu dikenali sebagai Program Percantuman). 


  Program Pendidikan Khas telah berkembang di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak sistem pendidikan kebangsaan diwujudkan pada tahun 1957. Satu unit khas yang dikenali sebagai Unit Pelajaran Khas telah ditubuhkan pada tahun 1964, ditempatkan di Bahagian Sekolah KPM, sehinggalah diganti dengan Jabatan Pendidikan Khas KPM mulai Oktober 1995. Dengan adanya Jabatan ini di peringkat KPM, Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri (sekarang Jabatan Pelajaran Negeri) telah mewujudkan Unit Pendidikan Khas di jabatan masing-masing. Dengan penstrukturan semula KPM, Jabatan Pendidikan Khas kini  dikenali sebagai Bahagian Pendidikan Khas.