uolls :) Hmm.. uOLLS :) Korang tahu tak ape benda bola jaring tu?? erm..even game alah ni dah biase didengari di corong-corong radio, acecece tapi iolls tahu korang bukan mahir sangat pun kan kan kan??hahaha..actually, iolls pun tak tahu jugak ape benda nih:( tapi buat-buat paham mase main then lepas habiss main tu baru tanye sama Papa GOOGLE..ni hah sedikit information yg iolls kutip dari GOOGLE..Harap bermanfaat ekh :)
Apa Itu Bola Jaring Ekh?
Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat menyerupai, dan berasal daripada, bola keranjang. Dicipta pada 1895 oleh Clara Gregory Baer, seorang peneraju dalam sukan wanita, bola jaring kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular di Indies Barat, Sri Lanka, dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70 buah negara.
Nak Tahu KEDUDUKAN PEMAIN bola Jaring??
Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang ditetapkan (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.) Setiap pemain perlu memakai "bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain tersebut. Setiap pemain hanya dibenarkan di sudut tertentu di gelanggang: pemain yang terkeluar dari kedudukan mereka dianggap "offside".
Kedudukan bola jaring | |||
---|---|---|---|
Nama kedudukan | Singkatan | Lawan | Kawasan dibenarkan |
Goal Shooter | GS | Goal Keeper. | Attacking third, including goal circle |
Goal Attack | GA | Goal Defence | Attacking and centre thirds, including the goal circle |
Wing Attack | WA | Wing Defence | Attacking and centre thirds, but not the goal circle |
Centre | C | Centre | Attacking, centre, and defending thirds, but not the goal circles |
Wing Defence | WD | Wing Attack | Centre and defending thirds, but not the goal circle |
Goal Defence | GD | Goal Attack | Centre and defending thirds, including the goal circle |
Goal Keeper | GK | Goal Shooter | Defending third, including the goal circle |
Undang-undang Bola Jaring
3.0 BILANGAN PEGAWAI/PESERTA
4.0 PENYERTAAN
5.0 TEMPOH PERLAWANAN
Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut:
6.0 SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Liga Kumpulan
6.1.1 Pusingan Permulaan
Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan secara liga.
6.1.2 Pusingan Suku Akhir
i. Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati
ii. Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. Pemenang sebagai kumpulan X1 dan X2
iii. Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B. Pemenang sebagai Kumpulan Y1 dan Y2
6.1.3 Pusingan Separuh Akhir
i. Pusingan separuh akhir secara kalah mati.
ii. Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1
iii. Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2.
6.1.4 Pertandingan akhir
ii. Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan X2.
6.2 Tiga kumpulan
6.2.1 Pusingan Permulaan
i. Sekiranya sembilan hingga sebelas pasukan yang mengambil bahagian,mereka hendaklahdibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A,B dan C dan pertandingan dijalankan secara liga.
6.2.2 Pusingan Kedua
ii. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan dimasukkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan cara undian yang akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.
iii. Daripada tiga Johan, dua johan akan ditempatkan dalam kumpulan yang sama samada X atau Y dan satu lagi akan ditempatkan ke dalam kumpulan Y atau X dengan cara undian.
iv. Naib Johan Kumpulan akan ditempatkan dalam kumpulan lain dari Johan kumpulannya dalam pusingan pertama.
7.0 MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN
7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara Liga adalah seperti berikut :-
Menang - 3 Mata
Seri - 1 Mata
Kalah - 0 Mata
7.2 Keputusan Seri
Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan ditentukan seperti berikut:
7.2.1 Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan.
7.2.2. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang
7.2.3. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diistiharkan sebagai pemenang.
7.3 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir
7.3.1 Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa sepenuh perlawanan.
7.3.2. Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap bahagian akan dimainkan.
7.3.3 Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.
7.3.4 Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.
7.3.5 Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.
7.3.6 Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan,permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.
8.0 PERTUKARAN PEMAIN
8.1 Penggantian dan Pertukaran posisi
8.1.1 Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh pemain yang lain.
8.1.2 Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak tiga kali di setiap satu –satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula tetap pertukarannya telah diambil kira.
8.1.3 Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemian di gelanggang bertukar posisi.
8.1.4 Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi sama ada:
8.1.4.1 Masa rehat
8.1.4.2 Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit. Walaubagaimanapun dalam kes pemain yang cedera atau sakit yang menyebabkan permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian dan / atau pertukaran posisi.
8.1.5 Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 10 pemain yang telah di daftarkan
8.2 Kecederaan dan kesakitan
Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat. Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung.
8.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas waktu rehat separuh masa.
8.4 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa.
9.0 PAKAIAN
9.1 Setiap pasukan hendaklah memakai jersi seragam iaitu
corak, bentuk dan warna yang sama.
9.2 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib
berlainan warna yang ketinggian hurufnya adalah di antara 4 hingga 6 inci.
9.3 Jika berlaku pertembungan warna bib, pasukan pertama
namanya dalam jadual dikehendaki menukar bib.
9.4 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek.
9.5 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.
|